Sunday, November 29, 2009

<<..SeLaMaT HaRi RaYa AiDil AdHa..>>

Selamat Hari Raya AidilAdha.
Jatuh pada hari Jumaat aritu.
Bz sgt, raya pertama terus balik kampung Ayah Marissa di Klang.
Pastu g jalan umah sedara belah sana.
Ayah Marissa bz dengan assignment so nak jalan sakan, lupakan saja ye!
So raya sederhana yo laa....
Sabtu birthday ayah Marissa. Sian, tak buat surprise or anything special pun.
Ayah Marissa bz buat assignment lagi. MaMa Marissa plak bz kat dapur melayan
adik ipar memasak. Maklumlah BF datang yer? hehe...
Ahad plak pagi2 da besiap2 balik ke n9. Ayah Marissa kena rush sebab petang
nak kelik ke kl plak. Esok ada kelas.

Hmm...so coti pun serope macam tak coti jek. Nak jugak g bercuti tp kena pergi weekend
hari bekerja. Dah terbalik plak. Abis, cuti je Ayah Marissa masuk kelas. Apa daaa....

Sunday, November 22, 2009

<<..PinDaH..>>

Penatnya bila PINDAH umah.
Nak kena pack, susun n n nak kena susun balik kat rumah baru.
Kalau rumah sendiri ok juga ni pindah ke rumah sewa jugak.huhuhu....
Dah la sibuk kat tempat keje kena plak berpindah.
Agak fenat lah!
Antara barang yang sedang menunggu untuk dikeluar n susun balik.
Ini baru ciput, sebahagian dari berbahagian-bahagian.
Blom lagik barang letrik fridge, washing machine, tv ect...
Silap-silap barang tuh duk diam2 dalam kotak plastik tu sampai pindah umah sendiri.
Heheh...macam orang malas jek bunyi...
Ala bukan lama 2-3 bulan jek...

Salah satu kenderaan yang kena dibawa berpindah.
Sape punya angkat tangan!!!

Huhuhu.....wahai rumah cepatlah siap. Dah tak sanggup mengangkut barang yang semakin banyak.


Bos MaMa Marissa pun nak PINDAH juga.
Arahan kena akur katanya.
So sempena perpindahan Bos diraikan di Hotel Desa Inn bersama staff.


The MC.
Mail n Kak Ruzi.
MC yang gamat. Suasana sedih tukar jadi meriah giler malam tu.
Mana taknya hampir jadi bahan diaorang.
Best ar korang lain kali yang lain kenakan korang plak...kikiki

Antara staf yang hadir.
yang jeling2 manja tu Cik Dina gang UWS.hehehe..

Mr. Botak sedang menyumbangkan lagu dengan sumbangnya.kikiki...
Jangan gelak nanti kena belasah. Bahaya botak nih..
Sedap2, boleh la daripada xder..hehehe..


Yang diraikan Bos yang akan berpindah bersama family.
Cantik isteri Bos yer...




2nd Bos Cik Nan sedang memberi sepatah dua kata tuk Bos yang akan berPINDAH..



Wow! Jangan tak caya Bos berkaraoke malam tuh.
Lagu Brouri Marantika Biarkan Aku Pergi..
Sedih la plak..


Tapi yang MaMa Marissa ingat sangat dalam ucapan Bos tadi
'sebagai peminpin kita bertanggungjawab melahirkan pemimpin'.
So, papehal kita kena faham konsep pemimpin tu.
Lagi satu 'Apa yang kita kena ingat ialah kebaikkan,budi n kasih orang pada kita
bukan kebaikan, budi dan kasih kita pada orang...
MaMa Marissa akan ingat sampai bila-bila...

<<..UWS..>>

Woit Cik Dinan Cik Liz korang wat pe tu ha?
Apa sajer laa gang UWS nih!
Yang mana satu idaman kalbu?
Pilih jangan tak pilih...


OOoo...ni keje korang ye?
Lepas tension sesekali apa salahnya kan..
Boleh asah suara baru sedap nyanyi lagu NegaraKu.Hehehe..
MaMa Marissa: Tak boleh join selalu. Gambo ni pon kene sorok dari ayah Marissa. hahah...

Wednesday, November 18, 2009

<<..kaWen..>>

Sebuk2 pun kejar jgk g kenduri kawen member MaMa Marissa.
Kira bestfriend la masa study dulu.
Ni orangnya..Nor Salawati binti Ayob.
Suaminya Mohd Shahrin orang Parit Buntar.
Eh yeke? Macam dari tempat lain jek..
hehe..lupa la...

Xcited nak g majlis dia.
1st sebab antara orang terakhir kawen anatara kami.heheh..Jangan marah ye..
2nd sebab ramai member masa study yang datang.
Datang bawak suami / isteri n anak2.
Bila jumpa dah tak citer lain dah mesti citer anak2.
Seronok juga ye. Macam2 citer n formula yang dapat.
Sape2 yang belum ada anak cepat2 la beranak.heheh...
Nikmat tuhan kan...



Yang ini Sarah Aisya Azizan.
Orang Terengganu.
Satu rumah masa duk hostel n sama bilik ngan wati.
Tak sama course ngan MaMa Marissa.
Dah ada sorang anak lelaki yang comel n puteh banget.
Sehari sebelum majlis bawak Sarah g hotel terdekat.
Sian Baihaqi tak selesa ye?
Lasak boleh tahan. Maklumla anak lelaki.
Tp Sarah luck sebab anak dia lebih kat Abi dia so relaxla...




Nurul Adzwareny Suhaimi. Isteri kepada Nurul Adni.
Gambar suami takdak.
Suami isteri bespren MaMa Marissa.
Isteri orang Peneng suami oarang Johor.
Pergh...jenuh nak balik kampung. Sorang utara sorang selatan.
Anak pompuan sorang. Baru jek lahir.
Yang MaMa Marissa g melawat kat Peneng raya aritu...
Nur Dania Irdeena.
Nape tak letak nama nurul gak ek?




Noor Marlia Jamaluddin.
Bawak suami Azril n anaknya yang teramat-amat lasak Anwari.
Perghhh...anak ko Lia bagi jaga satu hari pun tak sanggup den...
Nakal tapi comel...




Nazir. Bukan nazir skola tu.heheh...
Hensem tapi dah gemok sket.
Junior kitaorang, baru jer grad.
Nazir ni kal menyanyi suara mmg kelassss.....
Kalu ada karaoke masa majlis nak je suruh dia nyanyi.
Suara ala-ala Awie tu.
Lagi sedap dari Awie.



Yang ini Munir Baharom.
Sepupu kepada Nazir. Tu yang menyibuk kat sebelah tu.
Pun dah gemuk jgk. Dulu kurus kering sampai MaMa Marissa panggil dia Munir kurus.
Macam cicak kobeng..hehehhe..
Dah gemok pun muka ala-ala manja macam dulu.
Munir ni macam adik2 jek.

Tp kalau menyakat orang mmg no 1. Tp bila dak keje ni nampak matang sket.
Yang pelik budak ni tak laku2 lagi. Nak tunggu sale ke munir??
kikikiki....



Orang sibuk kenduri ada plak chinese 2 orang sibuk buat promosi.
Ntah dari mana datangnya. Yang jadi mangsa yang duduk kat muka pintu la.hehehe...
Padan muka ko Munir. Agaknya konon nak mengayat tebiba makan diri...
Tak dapek nak nolong!
Ramai lagi kengkawan yang datang lepas makan n sanding rasanya.
MaMa Marissa kena chow cepat sebab ada tugasan menanti di tempat keje.
Apa-apapun seronok dapat jumpa kawan2 lama.
Lepas ni bila la dapat jumpa lagi.
Gambar korang kat atas tu kalau di cuci saiz 8r ke 12r ke ntah macam mana lebar muka korang
ek? Semua yang melebar selepas beberapa tahun kita grad.
MaMa Marissa jugak yang macam cicak kobeng. Mungkin sebab slalu gelarkan Munir dulu kot.kikiki....







Monday, November 16, 2009

<<..MaMaBiZi..>>



Dis week tukar nickname jap MaMa Marissa jadi MaMa BiZi.

BiZi giler minggu nih. Dah ujung tahun macam-macam nak kena settle n macam2 xtvt.

Sian Marissa tak dapat nak beri tumpuan kat dia.

Duk la ngan ayah ye...

Saturday, November 7, 2009

NoGoRi vs Klate..>>

Malam nih perlawanan piala Malaysia.
Negeri Sembilan vs Kelantan
Hobin jang hobin vs gomo klate gomo...
Da lepas 80 min baru boleh tengok.
Result?
Confirm jang da hobin klate cukup2!
haha...cantek!..cantek!!
Korang mmg layak la....


Zaquan Adha cedera kali ke-4.
Nampak agak parah mamat 'ensem' nih.
At last ganti orang lain.
Alif....

Salah sorang fan pasukan n9.
Ummi Raudhah.hehehe...
Cutenya............
Menang mmg menang tp yang MaMa Marissa nak citer ni pasal kelaku penyokong.
Penyokong Klate terutamanya.
Bila N9 belasah 3-0 peminat pasukan kelantan mula blah,
Stadium tadi penuh da mula lengang.
Kalu dah kalah terima la kenyataan beb.
Jangan cari pasal...
Tgk!!!



Ni suma keje PENYOKONG KLATE..
Dulu trak polis dibakar skarang tempat duduk tu plak di bakar.
Melampau tak kalau MaMa Marissa cakap diaorang ni:
1. Tak professional.
2. Pemikiran kelas ke-3. (mungkin ke 10 pun blh)
3. Manusia yg menyusahkan orang
4, Peghak (betul ke ejaan tu? Gayat la senang citer)
5.Ketinggalan zaman
6. B*d*h
7. Takdak otak

Tgk, bukan ke menyusahkan orang tu!
Keje nak memadam api yang ditingalkan.
Kalau merebak satu stadium apa akan jadi?
Akai ada ka???
**wahai penyokong2 klate, jange la dok buak gayat sangak! Buak malu kaum jo..
Kalu da tak panda maing meme la kaloh. Tak reti2 lagi ko!!